AHLI KUMPULAN :
1) MUHAMMAD 'AZIM SYAHMI BIN ZAHARI ( L20212012087 )
2) MUHAMMAD FIRDAUS BIN PAKRUROZEE SALEH ( L20212012040 )
Bab 5: PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENGURUSAN KURIKULUM BULIK DARJAH | ( 'AZIM SYAHMI & FIRDAUS )
5.1 Pengenalan
Pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah memerlukan penyesuaian dengan kemudahan suasana dan persekitaran sekolah. Guru selaku pelaksana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu bijak memanfaatkan sumber dokumen yang sedia ada seperti Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) serta bahan bantu mengajar dalam merangka pelan pengajaran yang lengkap untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah.
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berperanan sebagai pelan pengajaran guru yang akan dilaksanakan dalam bilik darjah perancangan yang menyeluruh perlu dirangka oleh guru untuk menjadikan sesi pembelajaran bilik darjah bermakna dan set induksi yang menarik hasil pembelajaran yang jelas mengikut domain yang bersesuaian dengan kandungan topik yang diajar, pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan minat murid serta pelaksanaan penilaian formatif semasa sesi pembelajaran.
Oleh itu guru perlu mengambil kira domain objektif kognitif, domain objektif afektif dan domain objektif psikomotor. Bertitik tolak daripada perkara inilah guru mestilah menyemai dan merangsang ketiga-tiga domain tersebut melalui penilaian terhadap hasil pembelajaran yang dijalankan oleh guru tersebut. Berdasarkan ketiga-tiga dokumen ini guru dapat memanipulasikan dan mengaplikasi dokumen ini dengan mencipta soalan-soalan mengikut tahap murid bahkan guru dapat merancang apa yang ingin diajar berdasarkan domain-domain ini.
Sebagai contoh, guru dapat merancang pembelajaran yang berpusatkan guru atau pembelajaran berpusatkan murid dan pembelajaran berpusatkan guru dan murid berdasarkan ketiga-tiga dominan tersebut.
5.2 Proses Pengurusan Bilik Darjah
1 PERANCANGAN KURUKULUM |
2.PELAKSANAAN KURIKULUM |
3. PENILAIAN KURIKULUM |
a)
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP) b)
RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT) c)
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) |
Peringkat pusat (kementerian Pendidikan Malaysia) |
Penilaian pusat |
Peringkat sekolah |
Pentaksiran sekolah |
|
Peringkat bilik darjah |
Pentaksiran bilik darjah |
1) Merancang proses pembelajaran berdasarkan 3 standard; Standard Kandungan, Standard Pembelajaran Dan Standard Prestasi yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP). Perancangan pengajaran mestilah mengikut standard kandungan yang ditetapkan manakala merancang keberhasilan mestilah disesuaikan dengan standard pembelajaran sebagai panduan yang perlu dirangka oleh pihak pelaksana supaya keberhasilannya dapat dijelmakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kemenjadian pelajar juga dapat diukur bertepatan dengan standard prestasi. Terdapat dua rancangan pengajaran yang mesti dilengkapkan oleh guru sebelum memulakan pengajaran iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH). Perancangan pengajaran yang dirancang oleh guru secara teliti dapat memastikan kandungan kurikulum yang dilaksanakan dalam bilik darjah sentiasa teratur dan menepati objektif pembelajaran yang hendak dicapai.
2) Pelaksanaan proses pengajaran oleh guru dengan merujuk kepada perancangan yang telah dihasilkan. Ini juga perlu dilakukan menggunakan kaedah yang sesuai mengikut tahap pelajar di dalam bilik darjah. Rancangan pengajaran yang dirancang mestilah dilakukan secara terperinci seperti aktiviti yang akan dilakukan tugas yang akan dilaksanakan sumber dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan penilaian prestasi pelajar apabila sesi pengajaran dan pembelajaran telah tamat. Melalui RPH guru-guru mampu merancang dan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana guru telah bersedia lebih awal supaya objektif dapat dicapai sepertimana yang kita inginkan.
3) Penilaian bermaksud guru menilai sejauh mana tahap penguasaan pelajar dalam pengajara dan pembelajaran di bilik darjah. Penilaian ini dapat dilakukan secara berterusan ataupun secara menyeluruh. Tujuan utama penilaian dilakukan adalah untuk mengetahui adakah objektif pengajaran dapat dicapai oleh pelajar. Proses menyemak keberkesanan pelaksanaan kurikulum boleh dijalankan melalui penilaian formatif iaitu secara berterusan ataupun penilaian yang berbentuk sumatif iaitu penilaian secara menyeluruh.
4 Kesimpulannya pengurusan bilik darjah yang berjaya melibatkan 3 aspek utama; pertama perancangan, kedua pelaksanaan dan terakhir penilaian. Ketiga-tiga aspek ini amat penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan demi menjamin pencapaian objektif yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui 3 aspek ini guru-guru dapat mengetahui dan dapat menilai tahap kemampuan pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
3 5.3 Matlamat Dan Objektif Kurikulum Domain Objektif Kognitif Afektif Dan Psikomotor
5.3.1:
Domain objektif kognitif.
a.
Aras kognitif
Aras
kognitif terbahagi kepada tiga tahap utama pertama pemikiran aras rendah kedua
pemikiran aras sederhana dan ketiga pemikiran aras tinggi. Tahap
Pemikiran Aras Rendah terbahagi kepada 2 iaitu pengetahuan dan kefahaman
manakala Pemikiran Aras Sederhana terbahagi kepada aplikasi dan analisis dan
Pemikiran Aras Tinggi terbahagi kepada penilaian dan rekacipta. Jadual di bawah
merupakan kesimpulan untuk memahami aras kognitif yang dinyatakan;
Domain Objektif
Kognitif |
||
Tahap |
Aras |
Penjelasan Dan Contoh Kata Kerja |
Pemikiran aras rendah |
Pengetahuan |
Kemampuan pelajar untuk mengingat konsep-konsep umum
dan khusus, proses dan kaedah. Peringkat ini ialah aras untuk menghafal dan
mengingat semula perkara yang telah dipelajari dan dikuasai. Contoh: membaca polisi, menyatakan harga dari
ingatan kepada pelanggan, tahu peraturan keselamatan, tentukan tempoh. Kata Kunci: mengatur, mentakrifkan, menggambarkan, mengenal
pasti, tahu, label, senarai, nama, menggariskan, mengimbas kembali,
mengiktiraf, mengeluarkan semula, memilih, nyatakan. |
Kefahaman |
Pelajar dapat memahami makna, terjemahan, tafsiran
arahan dan masalah. Pelajar dapat menyatakan masalah dalam perkataan sendiri. Contoh: menulisnya semula prinsip-prinsip, menerangkan
dalam ayat sendiri langkah-langkah untuk melaksanakan satu tugas yang
kompleks, terjemahkan persamaan ke excell (komputer). Kata Kunci: meliputi, menukarkan, mempertahankan,
membezakan, anggaran, menjelaskan, memanjangkan, generalizes, memberikan
contoh, menyimpulkan, menterjemahkan, parafrasa, meramalkan, menulisnya
semula, meringkaskan, terjemahkan. |
|
Pemikiran aras sederhana |
Aplikasi |
Pelajar dapat menggunakan satu konsep dalam situasi
baharu dan menggunakan apa yang dipelajari di dalam kelas ke dalam situasi
baharu di tempat kerja. Contoh: gunakan manual untuk mengira masa bercuti
pekerja. menguatkuasakan undang-undang statistik untuk menilai
kebolehpercayaan ujian bertulis. Kata Kunci: menggunakan, mengubah, mengira, membina,
menunjukkan, membuat penemuan, memanipulasi, beroperasi, meramalkan,
menyediakan, menghasilkan, mengaitkan, menunjukkan, menyelesaikan |
Analisis |
Pelajar mampu memisahkan bahan atau konsep ke dalam
bahagian-bahagian komponen supaya struktur organisasi boleh difahami. Pelajar
juga dapat membezakan antara fakta dan kesimpulan. Contoh: menyelesaikan sesuatu masalah dengan
menggunakan urutan yang logik, mengenalpasti kesilapan logik dalam pemikiran,
mengumpulkan maklumat dari jabatan dan memilih tugas yang diperlukan untuk
latihan. Kata Kunci: menganalisis, memisahkan, membandingkan,
menggambar rajah, memecahkan kepada elemen asas, membezakan,
mendiskriminasikan, mengenal pasti, menggambarkan, menyimpulkan, menggaris,
mengaitkan, memilih, memisahkan. |
|
Pemikiran aras tinggi |
Penilaian |
Membuat keputusan berdasarkan kreteria dan paiwaian
melalui semakan dan kritikan. Contoh: pilih penyelesaian yang paling berkesan, lantik
calon yang paling layak, menerangkan dan mewajarkan bajet yang baru. Kata Kunci: menilai, membandingkan, menyimpulkan,
membeza, mengkritik, mengulas, mempertahankan, menerangkan,
mendiskriminasikan, menjelaskan, menafsirkan, mewajarkan, meringkaskan,
menyokong. |
Reka cipta |
Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu
gagasan umum yang koheran atau berfungsi, Menyusun atur elemen kepada bentuk
atau struktur baru melalui penjanaan perancangan atau penghasilan. Contoh: Membuat kurikulum dengan mengintegrasikan
pendapat dan materi dari beberapa sumber Kata kunci: membangun, merencanakan, memproduksi, mengkombinasikan,
merancang, merekonstruksi, membuat, menciptakan, mengabstraksi, mengkategorikan,
mengkombinasikan, mengarang, menciptakan, mendesain, menyusun kembali, merangkaikan,
menyimpulkan |
b) Kemahiran berfikir
aras tinggi (KBAT)
Kemahiran berfikir
aras tinggi merupakan satu keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan
kemahiran dan nilai dalam membuat penakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah membuat keputusan berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.
Kbat amat ditekankan
dalam kurikulum standard sekolah rendah KSSR dan kurikulum standard sekolah
menengah kssm dan ianya diperincikan dengan jelas di dalam dokumen standard
kurikulum dan pentaksiran di SKP setiap mata pelajaran dengan merujuk kepada
kemahiran aplikasi, analysis, Menilai menilai dan mencipta.
Kbat adalah suatu kemahiran yang digunakan
dalam pembelajaran abad ke-21 yang mana ia menjadi keperluan dan keutamaan
dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan dalam
pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2015.
5.3.2 Domain Objektif
Afektif
Domain Objektif
Afektif |
||
Tahap |
Aras |
Penjelasan dan contoh kata kerja |
Tahap Rendah |
Penerimaan |
Kepekaan seseorang terha dap ransangan. Ia juga kemahuan untuk memberikan perhatian suatu kegiatan atau persekitaran. Fokus kepada kemahiran mendengar, bertanya soalan
dan menjawab dengan betul. Contoh: mengenal, menerangkan, memberitahu,
menamakan, memilih. |
Bertindak balas |
Murid menunjukkan tingkah laku baru hasil pengalaman
mereka. murid gembira dengan pengetahuan baru yang mereka peroleh. Contoh setuju, bantu, bebas menjawab, ambil berat
dan patuh. |
|
Tahap Tinggi |
Penilaian |
Murid menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan
memberikan komitmen menilai apa yang mereka terlibat. Contoh amalkan pilih komitmen |
Mengorganisasi |
murid mensepadukan nilai baru yang diterima ke dalam
set nilai-nilai sikap atau kepercayaan yang membentuk ranking belajar bagi keseluruhan
set yang dipegang. Contoh
sesuaikan ubahsuai aturkan. |
|
Perwatakan |
Bertindak secara konsisten terhadap nilai baru.
Secara dalaman, murid dapat Menyusun nilai kedalam sistem dan boleh
mengaplikasikan nilai itu. Contoh: ambil Tindakan, kekalkan, pengaruhi,
justifikasi perlakuan. |
5.3.3 Domain Objektif Psikomotor
Domain Objektif
Psikomotor |
||
Tahap |
Aras |
Penjelasan dan contoh kata kerja |
Tahap Rendah |
meniru |
Meniru tindakan yang ditunjukkan oleh orang lain. Menunjukkan tindak balas yang sama dengan yang
diperhatikan. Contoh: meniru, mengulangi mengikuti. |
manipulasi |
Murid menunjukkan tingkah laku yang baru hasil
pengalaman baru. Contoh: ubah
dan sesuaikan |
|
Tahap Tinggi |
Ketelitian |
Murid menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan memberikan
komitmen meneliti dan menilai apa perkara yang mereka terlibat. Contoh: imbangkan, klasifikasikan |
Artikulasi |
Melaksanakan tugas dengan cekap dan pantas. Contoh:
ubahsuai sesuaikan |
|
Naturalisasi |
Kemampuan melakukan kegiatan secara refleks yang
melibatkan aktiviti fizikal dengan cekap. Contoh: kekalkan, beri sokongan |
5.4 Tafsiran Tahap Penguasaan Standard Pentaksiran KSSR/KSSM
Tahap |
Keterangan Dan
Contoh |
1 |
Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan
kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. |
2 |
Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar komunikasi
atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. |
3 |
Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan
sesuatu kemahiran pada suatu situasi. |
4 |
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan
sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara
sistematik. |
5 |
Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan
sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur atau secara
sistematik serta tekal dan bersikap positif. |
6 |
Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran
sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik bersikap
positif serta boleh dicontohi. |