Wednesday, November 23, 2022

Bab 5: PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENGURUSAN KURIKULUM BULIK DARJAH | ( 'AZIM SYAHMI & FIRDAUS )

AHLI KUMPULAN :

1) MUHAMMAD 'AZIM SYAHMI BIN ZAHARI ( L20212012087 )

2) MUHAMMAD FIRDAUS BIN PAKRUROZEE SALEH ( L20212012040 )


BAB 5

BAB 7

BAB 8

BAB 10

BAB 11

BAB 13




Bab 5: PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENGURUSAN KURIKULUM BULIK DARJAH | ( 'AZIM SYAHMI & FIRDAUS )

5.1 Pengenalan

Pelaksanaan kurikulum di peringkat sekolah memerlukan penyesuaian dengan kemudahan suasana dan persekitaran sekolah.  Guru selaku pelaksana pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas perlu bijak memanfaatkan sumber dokumen yang sedia ada seperti Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP) serta bahan bantu mengajar dalam merangka pelan pengajaran yang lengkap untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah.


Rancangan Pengajaran Harian (RPH) berperanan sebagai pelan pengajaran guru yang akan dilaksanakan dalam bilik darjah perancangan yang menyeluruh perlu dirangka oleh guru untuk menjadikan sesi pembelajaran bilik darjah bermakna dan set induksi yang menarik hasil pembelajaran yang jelas mengikut domain yang bersesuaian dengan kandungan topik yang diajar, pemilihan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan minat murid serta pelaksanaan penilaian formatif semasa sesi pembelajaran. 


Oleh itu guru perlu mengambil kira domain objektif kognitif, domain objektif afektif dan domain objektif psikomotor.  Bertitik tolak daripada perkara inilah guru mestilah menyemai dan merangsang ketiga-tiga domain tersebut melalui penilaian terhadap hasil pembelajaran yang dijalankan oleh guru tersebut. Berdasarkan ketiga-tiga dokumen ini guru dapat memanipulasikan dan mengaplikasi dokumen ini dengan mencipta soalan-soalan mengikut tahap murid bahkan guru dapat merancang apa yang ingin diajar berdasarkan domain-domain ini.


Sebagai contoh, guru dapat merancang pembelajaran yang berpusatkan guru atau pembelajaran berpusatkan murid dan pembelajaran berpusatkan guru dan murid berdasarkan ketiga-tiga dominan tersebut. 








5.2  Proses Pengurusan Bilik Darjah

 

1 PERANCANGAN KURUKULUM

2.PELAKSANAAN KURIKULUM

3. PENILAIAN KURIKULUM

a)      DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN (DSKP)

b)      RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN (RPT)

c)      RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH)

Peringkat pusat (kementerian Pendidikan Malaysia)

Penilaian pusat

Peringkat sekolah

Pentaksiran sekolah

Peringkat bilik darjah

Pentaksiran bilik darjah



1)      Merancang proses pembelajaran berdasarkan 3 standard; Standard Kandungan, Standard Pembelajaran Dan Standard Prestasi yang terkandung dalam Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).  Perancangan pengajaran mestilah mengikut standard kandungan yang ditetapkan manakala merancang keberhasilan mestilah disesuaikan dengan standard pembelajaran sebagai panduan yang perlu dirangka oleh pihak pelaksana supaya keberhasilannya dapat dijelmakan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.  Kemenjadian pelajar juga dapat diukur bertepatan dengan standard prestasi.  Terdapat dua rancangan pengajaran yang mesti dilengkapkan oleh guru sebelum memulakan pengajaran iaitu Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH).  Perancangan pengajaran yang dirancang oleh guru secara teliti dapat memastikan kandungan kurikulum yang dilaksanakan dalam bilik darjah sentiasa teratur dan menepati objektif pembelajaran yang hendak dicapai.

2)       Pelaksanaan proses pengajaran oleh guru dengan merujuk kepada perancangan yang telah dihasilkan.  Ini juga perlu dilakukan menggunakan kaedah yang sesuai mengikut tahap pelajar di dalam bilik darjah.  Rancangan pengajaran yang dirancang mestilah dilakukan secara terperinci seperti aktiviti yang akan dilakukan tugas yang akan dilaksanakan sumber dan hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan penilaian prestasi pelajar apabila sesi pengajaran dan pembelajaran telah tamat. Melalui RPH guru-guru mampu merancang dan menjadikan sesi pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan kerana guru telah bersedia lebih awal supaya objektif dapat dicapai sepertimana yang kita inginkan.

3)       Penilaian bermaksud guru menilai sejauh mana tahap penguasaan pelajar dalam pengajara dan pembelajaran di bilik darjah.  Penilaian ini dapat dilakukan secara berterusan ataupun secara menyeluruh.  Tujuan utama penilaian dilakukan adalah untuk mengetahui adakah objektif pengajaran dapat dicapai oleh pelajar.  Proses menyemak keberkesanan pelaksanaan kurikulum boleh dijalankan melalui  penilaian formatif iaitu secara berterusan ataupun penilaian yang berbentuk sumatif iaitu penilaian secara menyeluruh.


4    Kesimpulannya pengurusan bilik darjah yang berjaya melibatkan 3 aspek utama; pertama perancangan, kedua pelaksanaan dan terakhir penilaian.  Ketiga-tiga aspek ini amat penting dalam menjayakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dan demi menjamin pencapaian objektif yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.  Melalui 3 aspek ini guru-guru dapat mengetahui dan dapat menilai tahap kemampuan pelajar di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.








3  5.3 Matlamat Dan Objektif Kurikulum Domain Objektif Kognitif Afektif Dan Psikomotor


5.3.1: Domain objektif kognitif.


a.                   Aras kognitif

 

 Aras kognitif terbahagi kepada tiga tahap utama pertama pemikiran aras rendah kedua pemikiran aras sederhana dan ketiga pemikiran aras tinggi.  Tahap Pemikiran Aras Rendah terbahagi kepada 2 iaitu pengetahuan dan kefahaman manakala Pemikiran Aras Sederhana terbahagi kepada aplikasi dan analisis dan Pemikiran Aras Tinggi terbahagi kepada penilaian dan rekacipta. Jadual di bawah merupakan kesimpulan untuk memahami aras kognitif yang dinyatakan;

 

 

Domain Objektif Kognitif

Tahap

Aras

Penjelasan Dan Contoh Kata Kerja

Pemikiran aras rendah

Pengetahuan

Kemampuan pelajar untuk mengingat konsep-konsep umum dan khusus, proses dan kaedah. Peringkat ini ialah aras untuk menghafal dan mengingat semula perkara yang telah dipelajari dan dikuasai.

 

Contoh: membaca polisi, menyatakan harga dari ingatan kepada pelanggan, tahu peraturan keselamatan, tentukan tempoh.

 

Kata Kunci: mengatur, mentakrifkan, menggambarkan, mengenal pasti, tahu, label, senarai, nama, menggariskan, mengimbas kembali, mengiktiraf, mengeluarkan semula, memilih, nyatakan.

Kefahaman

Pelajar dapat memahami makna, terjemahan, tafsiran arahan dan masalah. Pelajar dapat menyatakan masalah dalam perkataan sendiri.

 

Contoh: menulisnya semula prinsip-prinsip, menerangkan dalam ayat sendiri langkah-langkah untuk melaksanakan satu tugas yang kompleks, terjemahkan persamaan ke excell (komputer).

 

Kata Kunci: meliputi, menukarkan, mempertahankan, membezakan, anggaran, menjelaskan, memanjangkan, generalizes, memberikan contoh, menyimpulkan, menterjemahkan, parafrasa, meramalkan, menulisnya semula, meringkaskan, terjemahkan.

Pemikiran aras sederhana

Aplikasi

Pelajar dapat menggunakan satu konsep dalam situasi baharu dan menggunakan apa yang dipelajari di dalam kelas ke dalam situasi baharu di tempat kerja.

 

Contoh: gunakan manual untuk mengira masa bercuti pekerja. menguatkuasakan undang-undang statistik untuk menilai kebolehpercayaan ujian bertulis.

 

Kata Kunci: menggunakan, mengubah, mengira, membina, menunjukkan, membuat penemuan, memanipulasi, beroperasi, meramalkan, menyediakan, menghasilkan, mengaitkan, menunjukkan, menyelesaikan

Analisis

Pelajar mampu memisahkan bahan atau konsep ke dalam bahagian-bahagian komponen supaya struktur organisasi boleh difahami. Pelajar juga dapat membezakan antara fakta dan kesimpulan.

 

Contoh: menyelesaikan sesuatu masalah dengan menggunakan urutan yang logik, mengenalpasti kesilapan logik dalam pemikiran, mengumpulkan maklumat dari jabatan dan memilih tugas yang diperlukan untuk latihan.

 

Kata Kunci: menganalisis, memisahkan, membandingkan, menggambar rajah, memecahkan kepada elemen asas, membezakan, mendiskriminasikan, mengenal pasti, menggambarkan, menyimpulkan, menggaris, mengaitkan, memilih, memisahkan.

Pemikiran aras tinggi

Penilaian

Membuat keputusan berdasarkan kreteria dan paiwaian melalui semakan dan kritikan.

 

Contoh: pilih penyelesaian yang paling berkesan, lantik calon yang paling layak, menerangkan dan mewajarkan bajet yang baru.

 

Kata Kunci: menilai, membandingkan, menyimpulkan, membeza, mengkritik, mengulas, mempertahankan, menerangkan, mendiskriminasikan, menjelaskan, menafsirkan, mewajarkan, meringkaskan, menyokong.

Reka cipta

Menyatukan elemen-elemen untuk membentuk satu gagasan umum yang koheran atau berfungsi, Menyusun atur elemen kepada bentuk atau struktur baru melalui penjanaan perancangan atau penghasilan.

 

Contoh: Membuat kurikulum dengan mengintegrasikan pendapat dan materi dari beberapa sumber

 

Kata kunci: membangun, merencanakan, memproduksi, mengkombinasikan, merancang, merekonstruksi, membuat, menciptakan, mengabstraksi, mengkategorikan, mengkombinasikan, mengarang, menciptakan, mendesain, menyusun kembali, merangkaikan, menyimpulkan

 

 

 

 

b) Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)

Kemahiran berfikir aras tinggi merupakan satu keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan kemahiran dan nilai dalam membuat penakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah membuat keputusan berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu.

Kbat amat ditekankan dalam kurikulum standard sekolah rendah KSSR dan kurikulum standard sekolah menengah kssm dan ianya diperincikan dengan jelas di dalam dokumen standard kurikulum dan pentaksiran di SKP setiap mata pelajaran dengan merujuk kepada kemahiran aplikasi, analysis, Menilai menilai dan mencipta.

 Kbat adalah suatu kemahiran yang digunakan dalam pembelajaran abad ke-21 yang mana ia menjadi keperluan dan keutamaan dalam menentukan kejayaan transformasi pendidikan seperti yang digariskan dalam pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 2015.




5.3.2 Domain Objektif Afektif


Domain Objektif Afektif

Tahap

Aras

Penjelasan dan contoh kata kerja

Tahap Rendah

Penerimaan

Kepekaan seseorang terha


dap ransangan. Ia juga kemahuan untuk memberikan perhatian suatu kegiatan atau persekitaran.

Fokus kepada kemahiran mendengar, bertanya soalan dan menjawab dengan betul.

 

Contoh: mengenal, menerangkan, memberitahu, menamakan, memilih.

 

Bertindak balas


Murid menunjukkan tingkah laku baru hasil pengalaman mereka. murid gembira dengan pengetahuan baru yang mereka peroleh.

 

Contoh setuju, bantu, bebas menjawab, ambil berat dan patuh.

 

Tahap Tinggi

Penilaian

Murid menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan memberikan komitmen menilai apa yang mereka terlibat.

 

Contoh amalkan pilih komitmen

 

Mengorganisasi

murid mensepadukan nilai baru yang diterima ke dalam set nilai-nilai sikap atau kepercayaan yang membentuk ranking belajar bagi keseluruhan set yang dipegang.

 

 Contoh sesuaikan ubahsuai aturkan.

 

Perwatakan

Bertindak secara konsisten terhadap nilai baru. Secara dalaman, murid dapat Menyusun nilai kedalam sistem dan boleh mengaplikasikan nilai itu.

 

Contoh: ambil Tindakan, kekalkan, pengaruhi, justifikasi perlakuan.




5.3.3 Domain Objektif Psikomotor

Domain Objektif Psikomotor

Tahap

Aras

Penjelasan dan contoh kata kerja

Tahap Rendah

meniru

Meniru tindakan yang ditunjukkan oleh orang lain.

Menunjukkan tindak balas yang sama dengan yang diperhatikan.

 

Contoh: meniru, mengulangi mengikuti.

 

manipulasi

Murid menunjukkan tingkah laku yang baru hasil pengalaman baru.

 

 Contoh: ubah dan sesuaikan

 

Tahap Tinggi

Ketelitian

Murid menunjukkan kesediaan untuk terlibat dan memberikan komitmen meneliti dan menilai apa perkara yang mereka terlibat.

 

Contoh: imbangkan, klasifikasikan

 

Artikulasi

Melaksanakan tugas dengan cekap dan pantas.

 

 Contoh: ubahsuai sesuaikan

 

Naturalisasi

Kemampuan melakukan kegiatan secara refleks yang melibatkan aktiviti fizikal dengan cekap.

 

 Contoh:  kekalkan, beri sokongan

 

 



5.4 Tafsiran Tahap Penguasaan Standard Pentaksiran KSSR/KSSM


Tahap

Keterangan Dan Contoh

1

Murid tahu perkara asas atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas.

2

Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari.

3

Murid menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi.

4

Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik.

5

Murid menggunakan pengetahuan dan melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baru dengan mengikut prosedur atau secara sistematik serta tekal dan bersikap positif.

6

Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baru secara sistematik bersikap positif serta boleh dicontohi.

 

 

Bab 5: PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN PENGURUSAN KURIKULUM BULIK DARJAH | ( 'AZIM SYAHMI & FIRDAUS )

AHLI KUMPULAN : 1) MUHAMMAD 'AZIM SYAHMI BIN ZAHARI ( L20212012087 ) 2) MUHAMMAD FIRDAUS BIN PAKRUROZEE SALEH ( L20212012040 ) BAB 5 BAB...